AllSight Malaysia Logo

Mengunjungi Perkampungan Orang Asli Di Pahang

Memahami nilai Orang Asli membawa kepada sejarah dan budaya Malaysia
wood dawn landscape sunset

Negeri Pahang biasanya dikaitkan dengan pantai yang indah, hutan yang subur, serta pelbagai flora dan fauna. Namun begitu, Pahang juga mempunyai perkampungan Orang Asli yang terbuka kepada orang ramai untuk melihat sekilas daripada kehidupan salah satu masyarakat yang tertua di Malaysia.

Orang Asli merujuk kepada orang asal yang menduduki tanah Semenanjung Tanah Melayu sejak azali lagi. Masyarakat Orang Asli di Pahang sebahagian besarnya terdiri daripada Orang Asli Senoi. Mereka mengamalkan gaya hidup tradisional, biasanya dilihat tinggal di pondok-pondok buluh jauh dalam hutan, mempunyai hubungan minimum dengan dunia luar.

Walaupun begitu, seiring dengan perubahan masa, golongan Orang Asli telah perlahan-lahan menerima aspek-aspek tertentu daripada dunia luar. Contohnya, kemudahan asas seperti air dan elektrik, rawatan perubatan, dan pendidikan sekolah untuk kanak-kanak.

Malangnya, beberapa tahun kebelakangan ini, golongan Orang Asli telah menemui masalah seperti penebangan dan kebakaran hutan, yang menjejaskan tempat tinggal mereka. Kesusahan ini mungkin boleh disebabkan kurang kesedaran daripada masyarakat umum mengenai gaya hidup dan kepentingan Orang Asli dalam sejarah Malaysia.

Oleh itu, Jabatan Pelancongan Pahang telah berusaha ingatkan serta mendidikkan orang ramai tentang gaya hidup golongan Orang Asli dengan membukakan perkampungan mereka kepada masyarakat umum. Pengalaman tersebut boleh dijumpai di Taman Negara Pahang.

Terletak di sempadan Taman Negara Pahang, di tepi sungai, perkampungan suku Batek (Bateq Negerito) Pahang boleh dikunjungi oleh pengunjung dari “dunia luar”. Tidak seperti majoriti golongan Orang Asli di Malaysia, mereka masih tinggal dengan gaya hidup yang lebih tradisional seperti ketiadaan elektrik, dan mencari makanan dalam hutan (buah-buahan, keladi, dan binatang kecil seperti monyet dan tupai).

Lebih lagi, walaupun golongan Orang Asli mempunyai dialek mereka sendiri, “Tok Batin” atau ketua suku Batek di Taman Negara berbahasa Melayu. Ini membenarkan mereka berkomunikasi dengan pemandu pelancong ataupun pelancong mereka sendiri agar menjawabkan apa-apa soalan serta memberi penjelasan mengenai kehidupan mereka.

Sudah menjadi agar penting kepada masyarakat umum untuk memahami nilai golongan Orang Asli membawa kepada sejarah dan budaya Malaysia, terutamanya dalam iklim politik dan persekitaran semasa. Oleh itu, kita harus berusaha membawa kesedaran kepada masyarakat yang semakin pudar.

Cookie Consent with Real Cookie Banner