Pada 16 Ogos, 2021, bekas Menteri Belia dan Sukan di Malaysia, Khairy Jamaluddin, telah mengumumkan bahawa peletakan jawatan menteri kabinet parti politik Perikatan Nasional. Pengumuman tersebut diikuti dengan perletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-lapan kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Kejadian ini mendorong negara ke dalam ketidaktentuan politik, dengan jawatan Perdana Menteri tidak terisi.
Pada hari yang sama, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-16 iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga Perdana Menteri baru dilantik.
Pada 20 Ogos, 2021, selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-sembilan. Beliau telah mengumpulkan sebanyak 114 pencalonan daripada Ahli Dewan Rakyat, jumlah mencukupi membentuk sebuah kerajaan.
Pada hari seterusnya, (21 Ogos, 2021), bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyelesai angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-sembilan di Singgahsana Kecil Istana Negara. YDPA menjalankan angkat sumpah tersebut dengan menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan serta mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-sembilan kepada Ismail Sabri.
Ini membawa kepada soalan, apakah peranan Yang di-Pertuan Agong dalam krisis politik semasa?
Negara Malaysia mengikuti sistem Demokrasi Berparlimen serta Raja Berperlembagaan. Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, seorang pakar sejarah Malaysia, beliau merumuskan bahawa Kesultanan Melayu Melaka adalah pengasas sistem politik dan berkerajaan di Tanah Melayu.
Peranan dan kuasa raja-raja dalam sistem raja berperlembagaan telah didokumentasikan dalam perlembagaan negara, yang juga merupakan senarai undang-undang yang tertinggi di negara Malaysia. YDPA merupakan Ketua Eksekutif, Badan Perundangan, dan Badan Kehakiman. Jadi, dalam krisis politik seperti peristiwa baru-baru ini, kuasa serta kebijaksanaan YDPA amat penting dalam membuat keputusan yang tepat dan bermanfaat kepada negara serta rakyatnya.
Keputusan terkini yang dibuat oleh YDPA bersama dengan sokongan daripada Ahli Dewan Rakyat dijalankan dengan kecekapan, dengan tujuan untuk meredakan minda rakyat dan juga mengembalikan kestabilan politik dalam masa krisis ini. Majoriti rakyat Malaysia ditafsirkan berpuas hati dengan peranan yang dimainkan oleh YDPA dan Majlis Raja-Raja di mana ianya turut diperakui beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Harapan antaranya Anwar Ibrahim dan Anthony Loke.
Walaupun masa depan tidak menentu, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah mempercayai dalam sistem yang ditetapkan. Malangnya, dalam iklim politik dan ekonomi semasa, kita tidak mampu mewah untuk memberi tumpuan kepada pelbagai kesalahan dan perbezaan antara rakan sebaya dan ahli-ahli politik.
Dengan itu, fokus utama adalah untuk terus bersatu-padu dan turut mengembalikan Malaysia ke negara berjaya dan megah seperti sebelum ini.
*Artikel ini bertujuan untuk menjadi representasi fakta dari iklim politik semasa.
Featured Image Origin: Ahmad Rithauddin | Flickr
Under Commercial Use & Mods Allowed