AllSight Malaysia Logo

Norma Baharu? Bercuti Dalam Dunia Covid-19

6 tips mudah untuk pastikan percutian anda selamat
Besar Island - AllSight Malaysia

Bagi yang tidak sabar untuk kembali melancong, ada berita baik untuk anda. Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) telah mula dilonggarkan kepada individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Kelonggaran untuk melancong membenarkan sijil vaksinasi menjadi dokumen perjalanan sama ada perlancongan dalam atau luar negara. Kenaikan kes varian Delta walaupun membimbangkan dunia setiap hari, jadi pastikan anda membuat keputusan bijak.

Jom semak tips semasa melancong.

1. Kenalpasti keperluan dan tujuan

Tanyalah pada diri sendiri apakah tujuan dan keperluan sekiranya anda melakukan perjalanan sekarang, bagaimana
dengan situasi destinasi yang anda tuju, bagaimana pula dengan situasi semasa anda, apakah persediaan anda dan teman seperjalanan anda (jika ada) untuk perjalanan nanti dan risiko yang perlu anda hadapi semasa melancong.

Langkah- langkah berikut bukan saja boleh diikuti oleh mereka yang bakal melancong tetapi juga bagi mereka yang mahu memulakan perjalanan pulang ke kampung sama ada secara memandu atau mengguna kenderaan awam.

Gambar: Laman rasmi MKN

2. Pastikan kamu tidak berisiko


Selain mengambil vaksin dua minggu sebelum perjalanan, anda juga digalakkan menjalani ujian covid-19 sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memulakan perjalanan. Mengambil vaksin dan menjalani ujian bukan saja melindungi diri anda tetapi dapat melindungi orang lain dan mengurangkan risiko anda menjadi punca penyebaran virus. Sebelum memulakan perjalanan, anda hendaklah mendapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai destinasi yang dituju.

3. Periksa SOP semasa

Pastikan anda mengetahui kebenaran dan sekatan khas yang dijalankan, perubahan garis panduan daripada semasa ke semasa, protokol pembersihan hotel, homestay atau tempat tinggal lain, keperluan untuk kuarantin jika ada dan sanitasi kenderaan awam atau hailing yang berkaitan. Sentiasa semak SOP semasa melalui laman rasmi pihak berkuasa terutamanya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sebagainya.

4. Rancang pergerakan dan peralatan kamu


Bagi mereka yang memandu ke destinasi, adalah digalakkan anda menyediakan kelengkapan seperti sanitizer, pelitup muka, termometer, makanan dan minuman secukupnya bagi mengehad persinggahan ke tempat perhentian kecuali jika ada urusan penting, juga tidak mengsetkan penghawa dingin dalam mode ‘circulation’. Jika anda menggunakan pam minyak, jangan lupa untuk membasuh tangan atau mengguna sanitizer bagi menjaga kebersihan diri.

5. Dapatkan vaksin dan on mask

Bagi mereka yang melancong bersama teman, pastikan teman anda juga telah divaksin, menjalani ujian covid dan mendapat keputusan negatif. Sekiranya tidak, anda masih boleh melindungi diri dengan mematuhi penjarakan dua meter dan memakai pelitup muka. Sekiranya anda melancong bersama individu berisiko tinggi pastikan mereka telah mendapatkan nasihat doktor dan mengikut prosedur khas tertentu.

Gambar: Laman rasmi MKN

Walaupun penggunaan penutup muka diberi kebebasan di sesetengah negara, tidak rugi sekiranya anda berbuat
demikian lebih- lebih lagi jika menaiki kenderaan awam. Berlainan dengan kereta, kapal terbang dan kereta api dilengkapi dengan penapisan HEPA yang dapat menapis udara. Walaupun begitu, berkongsi kenderaan awam dengan orang ramai agak berisiko jadi lebih baiklah anda mengguna pelitup muka dan menjaga jarak fizikal.

Elakkan juga menyentuh permukaan terdedah, tidak mengunakan tempat duduk hadapan di dalam kenderaan hailing, menerima barangan tersedia di dalam penerbangan yang telah terdedah dan menggunakan tisu sekiranya anda batuk atau bersin.

6. Kuarantin sendiri sebelum ke percutian lain


Setelah tiba di destinasi, walaupun tidak dikhaskan untuk kuarantin jika anda telah divaksin (termaktub dalam peraturan tempat yang anda lawati), sekiranya perlu eloklah anda mengambil masa beberapa hari mengasingkan diri dan menjalani ujian covid sekali lagi sebelum mula mengunjungi sesuatu tempat.

Keputusan ujian yang mengatakan anda bebas dari covid boleh menjadi dokumen sokongan sekiranya diminta pihak berkuasa selain sijil vaksin (sekiranya diminta). Ketika melancong jangan lupa menjaga diri dan teman seperjalanan anda agar terselamat dari terjangkiti ketika melancong. Patuhi SOP yang telah ditetapkan dan menambah baik sekiranya anda fikir perlu.

Cookie Consent with Real Cookie Banner