Tanggal 17 September 2021 bersamaan dengan 9 Safar 1443H merupakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Baginda juga merupakan Tengku Mahkota Pahang (TMP) pada hari ini genap usia 26 tahun seiring dengan populariti yang semakin meningkat di seluruh Malaysia.
Mengikut jejak langkah Ayahanda Baginda yang juga Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16, Tengku Hassanal Alam Shah amat terkenal dengan sifat keprihatinan Baginda terhadap rakyat jelata.
Pada hari keramat ini, Baginda dilihat menerima begitu banyak ucapan Ulang Tahun Keputeraan daripada netizen melalui pelbagai laman sesawang antaranya Facebook House of Pahang dan Jabatan Netizen Pahang.

Ramai juga yang menyampaikan doa-doa yang baik buat Tengku Mahkota Pahang, jelas dilihat kasih sayang rakyat Malaysia terhadap Baginda.
Semoga doa-doa ini mengiringi langkah Baginda dan dimakbulkan oleh Allah SWT.












Ada juga yang menunjukkan kreativiti mereka dalam merangka puisi bertajuk ‘Tengku Hassanal’ khusus buat Putera ini, bersungguh-sungguh ingin menyampaikan ucapan sambil memartabatkan keindahan Bahasa Melayu.



Melalui akaun Instagram peribadi Tengku Hassanal Alam Shah, Baginda telah memuat naik gambar kek sempena Hari Keputeraan Baginda, dengan dekorasi ‘Happy Birthday Hassanal’.
Semoga sambutan yang menandakan usia Baginda telah mencecah 26 tahun pada hari ini telah disambut dengan gembira.



Mari juga kita throwback kepada video yang dimuat naik di laman sesawang Facebook House of Pahang pada tahun lepas sempena sambutan yang sama, di mana jelas menunjukkan kasih sayang Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah semasa menyambut hari istimewa bagi Putera Baginda.
Sambutan yang diadakan di Pusat Inkubator Kraf Temerloh itu telah berjaya membuat ramai rakyat sebak melihat hubungan baik antara seorang Bonda dan Anakanda.
Satu posting daripada Facebook Page Jabatan Netizen Pahang dilihat menarik lain daripada kebiasaan di mana tidak hanya mengucapkan tahniah sebaliknya berkongsi sudut pandangan daripada netizen terhadap Baginda.



Patik sekalian di AllSight Malaysia merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Semoga Tuanku dilimpahi dengan rahmat Allah dan dilindungi-Nya dalam setiap langkah Tuanku menjalankan amanah. Segala usaha Tuanku selama ini dalam kepemimpinan khususnya di Negeri Pahang amat dihargai.
Didoakan juga Tuanku dikurniakan kekuatan untuk terus menyantuni rakyat jelata, dan semoga hasrat Tuanku bagi melestarikan bumi yang lebih hijau dipermudahkan oleh Allah SWT.
Dirgahayu Tuanku.
Daulat Tuanku.