Kenyataan Polis
Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja curi tabung masjid yang tular untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
“Ujian saringan air kencing remaja curi tabung masjid juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Datuk minta cucu curi tabung masjid dilapor Polis
Saya yang suruh AJK Masjid Al Islahiah buat laporan ke atas cucu agar dia jadi orang berguna – Datuk remaja#malaysiagazette pic.twitter.com/XpQjkKidf5
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) January 14, 2022
Selain itu, datuk kepada suspek iaitu Rosli Sidek mendedahkan bahawa beliau yang meminta AJK Masjid Islahiah membuat laporan polis kerana mahu cucunya diberi pengajaran.
Beliau juga dilaporkan memberitahu bahawa cucunya memang seorang remaja bermasalah dan baru sahaja terjebak ke dalam kancah penyalahgunaan dadah.
Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun.
Pemerhatian di media sosial mendapati ramai yang bersimpati akan cerita palsu iaitu mencuri kerana untuk membeli ubat bagi datuknya. Isu ini juga didapati sengaja dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu untuk menyalahkan Kerajaan sepertimana yang lazim dibuat.
Tidak kurang juga terdapat beberapa influence melancarkan kutipan derma bagi membantu membayar denda remaja tersebut. Namun semua simpati ini dipercayai datang daripada kisah bahawa dia mencuri bagi membeli ubat.
Pada Khamis, remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’akibat cuba mencuri tabung masjid, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000.
Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu terhadap remaja berusia 19 tahun itu, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan Masjid Al Islahiah Kilometer (km) 28 Kuang, Rawang di sini, pukul 11.58 malam pada 8 Januari lalu (2022).
*Berita asal di Sinar Harian