AllSight Malaysia Logo

ADUN Tronoh Paul Yong Bekas DAP Didapati Bersalah Rogol Pembantu Rumah

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on reddit

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang merupakan bekas ahli parti DAP didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Ipoh hari ini atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya pada 2019.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed yang membacakan penghakiman kira-kira pukul 10.10 pagi memutuskan Yong bersalah selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Yong, memakai kemeja putih, berada di kandang tertuduh kelihatan tenang ketika penghakiman itu dibacakan oleh Abdul Wahab.

Mahkamah menangguhkan prosiding seketika bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujahan rayuan sebelum menjatuhkan hukuman.

Pada 31 Mac 2022, pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh bersama Salim Bashir menutup kesnya selepas memanggil tiga saksi iaitu Yong, 52, dan isteri, Too Choon Looi, 46, serta bapa saudara kepada pembantu rumah itu.

Yong didakwa merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini, memerintahkan Yong membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bernama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on reddit

Popular In The Community

Cookie Consent with Real Cookie Banner