AllSight Malaysia Logo

Peminat Lancar Petisyen Halang Haaland Main Dalam EPL

Idea itu timbul selepas City membelasah Man Utd
Haaland AllSight Malaysia

MANCHESTER: Sudahpun meledak 19 gol dalam musim pertamanya bersama Manchester City, penyokong pasukan lawan yang mencari jalan untuk menyekat Erling Haaland melancarkan petisyen agar bintang Norway itu tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Seorang peminat menggunakan akaun ‘Ten Hag Reds’, me­nubuhkan petisyen dalam laman web Change untuk mengharamkan Haaland bermain buat City.

Idea itu timbul selepas City membelasah Manchester ­United 6-3 di Etihad, Ahad lalu, di mana Haaland meledak hatrik iaitu hatrik ketiganya musim ini.

Petisyen dengan tajuk ‘Petisyen untuk mengharamkan Erling Haaland bermain bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris kerana tidak adil’ berharap dapat mengumpul 100 ­tanda tangan.

“Kita boleh melakukan perubahan sekarang, ini masa­nya untuk kita semua bertindak. Robot ini (Haaland) tidak sepatutnya dibenarkan ­beraksi dalam negara kita,” jelas penganjur petisyen tersebut.

Sementara itu, prestasi ‘luar biasa’ Haaland yang turut mencipta tiga umpanan gol dalam EPL memboleh­kan dia menikmati hampir 900,000 pound (RM4.66 juta) seminggu bersama majikan barunya.

Itu menjadikan dia pemain bola sepak yang ­menerima gaji tertinggi di dunia.

Skuad The Citizens menandatangani ­Haaland, 22, dengan bayaran 51 juta pound (RM265 juta) daripada Borussia Dortmund pada musim panas lalu. – AGENSI

Cookie Consent with Real Cookie Banner