AllSight Malaysia Logo

Agong & Permaisuri Buat Kejutan Lagi di KFC

Keserhanaan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah, yang disifatkan sebagai raja berjiwa rakyat, memikat hati rakyat Malaysia.
Agong di KFC AllSight Malaysia

KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) Petronas Taman Tun Dr Ismail, di sini, diserikan dengan kunjungan istimewa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berangkat untuk menikmati santapan tengah hari baru-baru ini pada 29 Disember 2022.

Bagi kebanyakan orang, beratur panjang di kaunter untuk membeli makanan mungkin sesuatu kegiatan harian yang biasa sehingga membosankan. Namun, bayangkan jika orang yang beratur di hadapan anda adalah seorang pemimpin negara. Pasti hilang rasa bosan tersebut.

Turut berangkat paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka Baginda berdua.

Sumber: FB Istana Negara

Menurut hantaran Facebook Istana Negara, di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.

Sumber: FB Istana Negara

Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.

Ini bukan kali pertama Yang di-Pertuan Agong mencuri tumpuan pelanggan di restoran KFC.

Tindakan spontan baginda menarik perhatian pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan yang teruja melihat Al Sultan Abdullah mengenepikan sedikit protokol pada diri Baginda untuk beratur membeli hidangan di restoran makanan segera itu. 

Kebanyakan netizen menzahirkan keterujaan melihat sikap bersahaja Pasangan Diraja ini bersantapan tengahari di restoran makan segera pilihan ramai ini.

Cookie Consent with Real Cookie Banner