AllSight Malaysia Logo

KKM Sah Pecat Doktor HKL Biadab Dengan Najib

Netizen melihat tindakan ini sebagai tidak profesional.

SEORANG doktor yang mendakwa bertugas di Hospital Kuala Lumpur sebelum ini mengundang perhatian apabila melemparkan kata-kesat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan anak beliau Nooryana Najwa.

Isu itu berlaku susulan perkongsian yang dimuat naik doktor bernama Azri Aizat Ruhaizan 

itu menerusi akaun Twitter miliknya yang menuduh Nooryana menipu berhubung rekod kesihatan bapanya.

Doktor biadab itu sebelum ini yang difahamkan sedang dalam tempoh kontrak, menuduh Nooryana menipu berhubung masalah kesihatan yang dihadapi bapanya dan lebih teruk, dia turut meninggalkan kata-kata kesat dengan menggelarkannya sebagai ‘anjing’.

Nooryana mendakwa masalah ulser dihadapi bapanya kembali menyerang dan tekanan darah juga semakin tinggi akibat pengambilan ubat yang dibekalkan doktor.

HKL pada dalam satu surat bertarikh 29.12.2022 yang ditandatangani oleh Timbalan Pengarah Hospital Kuala Lumpur telah memaklumkan bahawa perkhidmatan doktor berkenaan telah ditamatkan berkuatkuasa 11 November 2022.

Artikel Asal: MYKMU.NET

Cookie Consent with Real Cookie Banner