AllSight Malaysia Logo

Politik Sabah Bergolak: Kerajaan Perpaduan Tidak Terlibat

Lebih baik bubar DUN jika terus bergolak.

PETALING JAYA – Kemelut politik yang melanda kerajaan negeri Sabah tidak akan memberi kesan dan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemelut tersebut hanya membabitkan pimpinan politik peringkat negeri Sabah sahaja tanpa melibatkan peringkat persekutuan.

“Perbincangan saya bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah), Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, jalan terbaik adalah berbincang dan cari jalan penyelesaian yang baik.

“Kemelut ini tidak boleh digambarkan keadaannya hingga Persekutuan, kerana ini tidak sedikit pun mengubah kerajaan.

“Setakat ini, tidak ada sedikit pun bayangan (perubahan Kerajaan Persekutuan) melainkan yang disuarakan oleh pembangkang,” katanya dalam program Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan RTM di Angkasapuri, Kuala Lumpur malam ini.

Terdahulu, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah secara rasmi membuat keputusan untuk menarik diri daripada kerajaan negeri selepas hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin selepas mengadakan mesyuarat parti tersebut malam ini.

Katanya, Hajiji telah melanggar perjanjian persefahaman yang dibentuk di bawah kerajaan negeri Sabah.

Hajiji Sudah Tiada Lagi Majoriti?

Sementara itu, Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (KDM) menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman sudah tidak lagi mempunyai majoriti yang cukup sebagai Ketua Menteri Sabah.

Presidennya, Datuk Peter Anthony berkata, ia merujuk kepada Perkara 6(3) dibaca dengan Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menyatakan bahawa Ketua Menteri sebagai Ketua Parti yang mendapat majoriti bilangan kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-16 tahun 2020.

Sehubungan itu, menurutnya, di bawah Perkara 7(1) Perlembagaan Negeri Sabah, Hajiji hendaklah meletakkan jawatan serta-merta.

“KDM menyerahkan keputusan kepada kebijaksanaan dan budi bicara Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin untuk memutuskan pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu berdasarkan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat malam.

Selain Peter sebagai ADUN Melalap, KDM mempunyai dua lagi ADUN iaitu Datuk Wetrom Bahanda (Bandau) dan Juil Nuatim (Limbahau).

Terdahulu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Bung Moktar dalam satu sidang media di Kota Kinabalu telah menetapkan penarikan sokongan terhadap Hajiji.

Sehubungan dengan itu, Bung Moktar berkata, 17 ADUN Barisan Nasional turut sama menolak kepimpinan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Dalam sidang media itu, Bung Moktar turut menegaskan tindakan disiplin dan tegas akan diambil ke atas mana-mana ADUN BN yang ingkar dengan keputusan parti.

Cookie Consent with Real Cookie Banner